Khamis, 27 Disember 2012

Buku : Teknik Terhebat Bereskan Kerja




1 teknik, 2 muka surat, 3 minit untuk dibaca.
Kita hanya menjadi hebat sekiranya mengamalkan teknik terhebat yang disyorkan oleh pakar. Jadilah yang terhebat. Hidup terlalu singkat bagi perkara yang biasa-biasa sahaja.
Antara teknik terhebat bereskan kerja adalah:
- Tiru cara yang betul, ulang, dan buat penambahbaikan
- Dapatkan arahan yang jelas dan terperinci
- Lakukan kerja dengan betul dari mula
- Berani menolak kerja yang mustahil bagi disiapkan
- Jangan buat semua kerja, agihkan kepada orang lain
“Melakukan perkara yang betul pada kali pertama sentiasa lebih baik daripada perlu menyemak dan melakukannya semula.”
Teknik terhebat, terbukti berkesan, dan mudah diamalkan.

Tajuk Buku:
Teknik Terhebat Bereskan Kerja
Penulis:
Slater, Rus
Penerbit:
PTS

Harga:
Semenanjung : RM14
Sabah Sarawak : RM 16

Pos:
RM 5 pos express

Buku : Wanita Juga Boleh Berbisnes




Wanita sering dihadapkan pada dua sudut ekstrem yang dilihat menjerumuskan mereka pada keadaan yang wajib untuk memilih. Di satu sudut, ia patut berada di rumah untuk mengurus anak-anak, mengelap lantai, mencuci pakaian dan tidak boleh keluar rumah. Akibatnya, hak-hak mereka sebagai hamba Allah ada yang tidak sempurna. Mereka tidak mendapatkan pendidikan yang baik, pergaulan yang semestinya serta potensi diri yang terbatas.

Di sudut lain, kita menyaksikan para wanita berkeliaran bebas tanpa ikatan. Waktu kerja dari pagi hingga malam, membuat mereka tidak pernah mempedulikan anak-anak. Bila gaji mereka jauh lebih besar daripada lelaki, membuat mereka -kadang-kadang ego dan kehilangan rasa hormat terhadap suami.

Islam memberikan begitu banyak petunjuk tentang orbit wanita dalam sistem hidup ini. Menurut tuntunan Rasulullah, Islam sebagai agama yang amat memerhatikan masalah keseimbangan, menegaskan bahawa wanita adalah pendamping lelaki dalam usaha menegakkan kalimat Allah. Jika hendak diumpamakan, wanita dan lelaki laksana dua bintang yang berada pada orbit yang berbeza. Namun keduanya memiliki peranan yang sama dalam menentukan kesimbangan bagi jagat ini.

Tajuk Buku:
Wanita Juga Boleh Berbisnes
Penulis:
Muhammad Abu Syauqi Banna
Penerbit:
Kemilau Publika

Harga:
Semenanjung : RM16
Sabah Sarawak : RM19

Pos:
RM5 pos ekspress

Buku : Super Wife, Super Mom, Super Women


Pernahkah anda merasa gagal menjadi isteri dan ibu yang baik? Pernahkah anda merasa tidak cukup waktu untuk menyelesaikan semua tanggungjawab anda? Atau seringkah anda mengalami masalah dengan ibu bapa, mertua, saudara ataupun tetangga?


Di dalam buku ini anda akan menemukan berbagai tip untuk memudahkan anda menjalankan tugas seharian sebagai seorang isteri dan ibu agar rumah tangga berjalan dengan kemantapan tanpa mengorbankan hak anda sebagai peribadi yang layak untuk mendapatkan waktu dan kesenangan peribadi. (MPHOnline.com)

Tajuk Buku:
Super Wife, Super Mom, Super Women
Kategori Motivasi Wanita
Penulis : Heni A. Rifai
Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd / Oktober 2010
Halaman : 160 ms

Harga:
Semenanjung RM17
Sabah Sarawak RM19

Pos:
RM5.00 pos eskpres seluruh Malaysia